ISLAM
Islam adalah agama yang satu yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja. Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Lebih 1.8 bilion Muslim (Islam adalah agama kedua terbesar di dunia), percaya Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Noh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w., di mana syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah terbatal dengan turunnya al-Quran. Mereka yang menerima dan mengamalkan ajaran agama Islam digelar Muslim.

*Nota :(Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt.Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan Jin yang ingkar tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t).

Muslim percaya rasul dan nabi diutus oleh Allah, dengan al-Quran sebagai wahyu terakhir daripada-Nya. Tidak seperti Yahudi dan Kristian, Islam tidak pernah mengalami reformasi besar-besaran. Islam terbahagi kepada beberapa kumpulan kepercayaan dengan dua kumpulan utama iaitu ahli Sunnah Waljamaah (Sunni) dan Syiah. Sesetengah menganggap Sufisme sebagai salah satu mazhab dalam Islam.

Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (akidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab-adab seorang Muslim.

-Mengucap Bismillah, pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
-Mengucap Alhamdulillah, pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
-Mengucap Astaghfirullah, jika lidah terselit perkataan yang tidak patut diungkapkan.
-Mengucap Insya Allah, jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
-Mengucap La haula wala kuwwata illa billah ,jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
-Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, jika menghadapi dan menerima musibah.
-Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, sepanjang siang & malam sehingga tak terpisah dari lidahnya,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan.
 

 
Copyright © 2003-2008 Majalah Syu'latul Kifah - Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Edisi 5 Tahun 2007